Akhirnya Pahang Daily Online atau PDO telah mengaku salah kerana memfitnah Saiful Bahari. PDO telah membuat fitnah terhadap saiful dengan menyiarkan berita Saiful tenat setelah membuat sumpah mubahalah berkenaan kes dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Disebabkan fitnah yang dilemparkan, blogger cucu mat kilau atau Mohd Shukri Mohd Ramli telah ditahan pihak polis ekoran laporan polis yang dibuat oleh Saiful. Dan sekarang PDO telah mengaku salah dan memohon maaf diatas perbuatannya (klik sini). Malah PDO juga sudah bersikap berkecuali didalam kes liwat Anwar Ibrahim.
Semudah itu saja PDO mahu meminta maaf? Sedangkan perbuatan fitnah yang dibuatnya telah menjejaskan nama baik Saiful sekeluarga. Tidak kah mereka sedar bahawa fitnah itu lebih berat daripada membunuh. Selagi Saiful tidak memaafkan perbuatan cucu mat kilau ini, selagi itulah dia akan menanggung dosa ini sehinggalah hari kiamat kelak.
Ternyata PDO ini tiada kreadibiliti untuk dijadikan sebagai sumber berita dan rujukan. Taraf PDO hanyalah seperti akhbar Harakah yang tidak mengandungi isi berguna melainkan sampah fitnah semata mata.
saiful belum tarik samannya...saiful wajar teruskan..
setuju teruskan