Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 1, 2011

Harga Ron97 Dinaikkan



Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Zulkifli berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter.

Sumber: Utusan Malaysia

Walaupun Ron97 dinaikkan, tetapi kerajaan tetap menanggung kos subsidi yang tinggi untuk minyak Ron95 sebagai tanda prihatin terhadap rakyat Malaysia. Adakah pembangkang mampu melakukan perkara ini jika mereka memerintah?

Fikir fikirkanlah.

5 comments:

  • Anonymous says:
    February 1, 2011 at 12:09 PM

    Bak kata Annuar Ibrahim "Kita pengeluar minyak,bukan pengimport minyak..jadi tak berhak kerajaan Malaysia naikkan harga minyak."
    REFOMASI...!
    REFOMASI...!
    LAWAN TETAP LAWAN...!!!
    UBAH SEBELUM PARAH...!!!
    TAKEBEER.......!!!!!!

  • Anonymous says:
    February 1, 2011 at 1:51 PM

    hadiah kemenangan untuk Tenang...

  • Jeepers Creepers says:
    February 1, 2011 at 6:58 PM

    anon 1.51: bukan hadiah untuk tenang tapi hadiah untuk penyokong pas hahahahahahahahaha

  • Anonymous says:
    February 2, 2011 at 4:08 AM

    sape ckp pembangkang tak boleh buat...kalau berani bagi lah pembangkang menang baru tahu boleh buat ke tak boleh buat..baru kroni2 BN TERKINCIT..HAHAHAHAAHAHAH...

  • Anonymous says:
    February 2, 2011 at 7:16 AM

    Takpe undilah lagi,kerajaan pimpinan UMNO ni pandai memerintah,cekap.
    Harganya masih murah kalau dibandingkan dengan Singapura,Britain dan USA.Takpe undilah lagi.Semua harga dunia naik.Lepas ni cukai pulak nak naik.Boleh beri PERMATA negara ratusan juta lagi,boleh melancung keluar negara lagi,takpe boleh undinya BN,tak pe

share2