Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau.
"Saya yakin beliau berkemampuan dan banyak pengalaman,” kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan tengah hari di Masjid Darul Solihin Kampung Bungey di Debak sini hari ini.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan pelantikan itu yang berkuat kuasa serta merta. - Bernama
0 comments:
Post a Comment