Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kalau dibaca kitab Harakah tu, ia menyiarkan cerita Anwar mengenai siapa orang kaya di Malaysia. Anwar mengatakan DS Najib mengamalkan kronisme dengan memberikan projek kepada adiknya sehingga menjadi kaya.
Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.
Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.
"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.
Harakah
Tetapi sekiranya dibaca secara mendalam, secara tak langsung ia juga mengaitkan Anwar Ibrahim sendiri. Siapa yang tak tahu, Anwar keluar dari penjara terus boleh membina rumah bernilai RM7 juta ringgit. Keluar penjara, terus mendapat undangan ke Amerika Syarikat. Malah membuka pejabat di Amerika sana.
Dari mana Anwar mendapat duit itu semua? Cuba fikir, berapa harta yang Anwar ada sehinggakan Azmin dan Syamsidar boleh menpunyai duit berjuta juta ringgit. Kalau Azmin ada harta berjuta ringgit, harta Anwar sudah tentu lebih banyak daripada itu.
Berapa banyak projek yang keluarga dan kroni kroni dia dapat semasa dia menjawat jawatan menteri kewangan dulu? Anwar sekarang megah menuduh orang lain tetapi dia terlupa yang dia sendiri mempunyai sejarah hitam semasa berkuasa dahulu.
bercakap ikut sedap mulut celupar kau saja.... kalau annuar tu pun perasuah jugak sudah tentu bukan fitnah liwat yg dia kena... sudah tentu umno akan korek sampai ke lubang cacing bab rasuah beliau... tapi satu batang balak pun dia tak ambil so fitnah liwatlah yg di kenakan... lagi satu kau ingat najib tu baik ke...tunggulah bila sudah tidak ada kuasa lagi nanti kau tunggulah tengok si najib umno ini manusia yg lebih teruk lagi dari yahudi jauh sekali kalau nak di bandingkan dgn anuar. KUtu2 umnolah manusia yg malas berfikir hanya mengikutkan hawa nafsu...