Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 28, 2011

PEMBANGKANG HASUT TUDUH KERAJAAN HAMBAKAN PENEROKA

Rumah mewah peneroka di Jengka 25 
yang dijadikan Bilik Gerakan UMNO Bahagian Jerantut



Pembangkang ketandusan isu terutama di DUN Kerdau. Selain dari ketandusan isu, calon UMNO BN juga terlalu gagah untuk ditandingkan dengan calon kitar semula Pas yang sudah 2 kali tewas dalam PRU sebelum ini.

Kita sedar bahawa Pas sertai PRK ini bukan dengan ada harapan menang bahkan penyertaannya juga bukan untuk menang. Pas sertai PRK DUN Kerdau hanyalah untuk mengecilkan majoriti undi kepada calon BN selain dari hanya untuk memecahbelahkan bangsa Melayu terutamanya di felda-felda.

Oleh kerana ketiadaan isu maka Pas telah memainkan isu bahawa selama ini kerajaan telah memperhambakan peneroka felda. DS Najib dalam lawatannya ke felda Jengka 22, 23 dan 25 semalam telah membidas tohmakan pembangkang itu dengan mempersoalkan jika kerajaan menghambakan peneroka apakah 'hamba' itu masih berupaya memiliki 10 ekar tanah dan bahkan rumah yang mewah seperti yang mereka miliki ketika ini.

Ada kalangan peneroka yang kononnya mengeluh dan mempersoalkan apakah yang mereka dapati dari kerajaan sebagai peneroka. Saya cuma minta mereka fikirkan semula, mereka datang ke Felda tanpa sebarang bekalan. Kemudaian mereka diberikan tanah dan sebagainya, justeru bagi menjawab soalan mereka itu jawapan mudahnya adalah; apa yang mereka dapat sudah tentulah felda itu sendiri. Kerana jika mereka bukan jadi peneroka felda maka mereka tidak akan dapat tanah felda 10 ekar itu dan kehidupan yang sempurna ini.

Sepatutnya peneroka menyoal kepada pihak pembangkang yang menghasut mereka itu begini: Apakah yang pembangkang Pas mampu berikan kepada kami sebagai peneroka? Apakah yang Pas telah berikan kepada rakyat kelantan selain dari janji syurga yang tidak siapapun yang mampu berikan selain Allah?

0 comments:

share2