Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas pembangkang yang menyebarkan tohmahan kononnya kerajaan memperhambakan peneroka Felda tanpa mempedulikan kebajikan mereka.
Tegas Perdana Menteri, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana sejak Felda ditubuhkan 54 tahun lalu, kebanyakan peneroka kini mengecapi kemewahan daripada usaha mereka dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Jika kita memperhambakan peneroka, hamba mana yang ada tanah seluas empat hektar? Hamba mana yang ada rumah batu atau rumah separuh batu ataupun sekurang-kurangnya bahagian depan rumahnya batu? Hamba mana yang ada kereta?
‘‘Ada rumah peneroka yang lebih cantik daripada rumah milik pegawai atasan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23.
‘‘Kalau kita hendak perjuangkan Islam, Islam yang bagaimana? Yang miskin? Yang tidak ada tanah? Rumah robek? Itu bukan imej Islam yang diperjuangkan kerajaan. Kita hendak imej yang gagah perkasa dan hebat di mata dunia,” tegasnya.
Kena lagi puak PAS. PRK kali ni dah banyak kali dah puak PAS terkena. Dah memang betul betul tak ada isu. Malah calon PAS pun turut sama hadir meriahkan majlis BN. Sakit dada Nik Aziz dibuatnya hehehehe.
Yang miskin? Yang tiada tanah? Rumah robek? Hahahaha memang itulah yang dimahukan oleh PAS. Orang miskin beginilah yang sering diperguna oleh PAS. Konon konon berjuang untuk islam, untuk rakyat. Tetapi yang semakin kaya adalah pemimpin PAS sendiri. Nak tengok bagaimana rumah penyokong PAS yang dilupakan oleh pemimpin mereka sendiri, korang boleh klik sini
0 comments:
Post a Comment