Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 26, 2011

PAS Mati Pucuk

Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad hari ini menjawab tohmahan pembangkang mengenai status pendidikannya dengan menunjukkan ijazah Bahasa Arab yang diperolehinya dari Universiti Al-Azhar, Mesir kepada pemberita.

"Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, di sini.

Syed Ibrahim berkata, beliau terpaksa berbuat demikian selepas didesak banyak pihak bagi mengemukakan bukti latar belakang pendidikannya itu.

"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat,” katanya.
Syed Ibrahim, 44, menerima ijazah tersebut pada 1997.

Katanya, beliau tidak pernah berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan yang mengatakan beliau menipu berhubung kelulusan akademiknya itu.

Hehehehe isu apa lagi puak PAS nak pusing. Cukup cukuplah tu. Dah terang lagi bersuluh insyaallah PAS akan kalah di Kerdau nanti.

0 comments:

share2