Sehari dua ini heboh diperkatakan tentang berita yang bakal menggemparkan politik negara dan Pahang khususnya iaitu tentang 'kebodohan' seorang tokoh UMNO yang akan mengikut bontot ANU WAR.
Sebenarnya PKR Pahang sudah terdesak sebab itulah mereka mencipta cerita-cerita supaya PKR yang kerepot dan lesu kembali tampak segar. Kedatangan orang baru yang 'pening lalat' ini kononnya akan menyuntik kembali semangat baru PKR.
Realitinya mana ada orang mahu naik kapal PKR yang kini sedang dilanda tsunami dan hampir karam. Siapa yang mahu jadi mangsa selepas ini?. Barangkali PKR masih lagi syok sendiri dan merasakan PKR masih kuat sedangkan rakyat sudah naik muak dengan PKR.
Adalah tidak logik tokoh UMNO mahu lompat PKR ketika rakyat dan Ahli PKR hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ANU WAR yang terlibat dengan isu liwat, moral dan perilaku buruk. Barangkali tokoh veteran UMNO itu akan kata "kalau aku mati dan hidup semula, tidak akan sekali-kali aku masuk PKR".
Sudah ramai tokoh PKR yang telah keluar PKR, itu membuktikan bahawa PKR sebuah parti yang sudah retak, rapuh dan rebah. Ramai pemerhati politik mengatakan PKR akan hilang dari peta politik Malaysia selepas PRU 13 nanti. Selamat Tinggal PKR.
Dato Fauzi akan buat lompatan katak terjauh tidak lama lagi....agaknya lah...kalau dia sudah insaf
tahniah atas blog ini kerana menghimpun tokoh2 dari pahang
Tokoh veteran UMNO yang dikatakan akan lompat tu, rupa-rupanya lompat setempat.