Apa sudah jadi dengan PKR Indera Mahkota, umpama “hidup segan mati tak mahu”. Pergolakan dalaman antara Azan dan Fauzi sudah cukup menggambarkan bagaimana PKR sebenarnya. Itu belum lagi cerita pasal anak buahnya yang kini tidak minat lagi bercampur dengan PKR.
Dulu kononnya PKR muncul di Pahang sebagai sebuah parti yang gah dan bakal menawan Pahang dari tangan BN. Barangkali masa itu Dato’ Fauzi sudah terbayangkan kerusi Menteri Besar sehingga timbul persoalan di kalangan Ahli PAS, samaada Dato’ Fauzi atau Tuan Ibrahim Tuan Man yang bakal duduk di kerusi tersebut.
Kini kemelut dalaman PKR tidak dapat disembunyi lagi, paling ditakuti ialah Ahli PKR menjauhi diri dari parti secara senyap-senyap. Mereka sendiri tahu ukuran sebenar kekuatan PKR Pahang yang semakin goyah dan menanti rebah.
Tsunami yang melanda PKR bukan sahaja berlaku di Pahang sebaliknya berlaku juga di negeri-negeri lain termasuklah negeri di bawah kerajaan Pakatan Pembangkang. Antara faktor-faktornya :
1. Cubaan meluaskan amalan nepotisme dan kronisme dalam PKR.
2. ANU WAR pemimpin yang bermasalah kerana disyaki terlibat dalam kes liwat beberapa orang pembantu peribadinya.
3. PKR hanya lebih kepada mengejar kuasa dan meraih simpati murahan serta berkepentingan peribadi untuk mengangkat ANU WAR menjadi perdana menteri.
4. Nama-nama besar yang menjadi kebanggaan PKR meninggalkan PKR seorang demi seorang.

5. PKR gagal menunjukkan imej sebagai sebuah parti yang mampu mentadbir Negara. Agenda 100 hari jika dapat menawan Putrajaya dirasakan seperti menggadaikan Negara dan pembohongan terbaru ANU WAR.
6. Kurang dari 10% sahaja ahli yang keluar mengundi untuk memilih pimpinan tertinggi PKR sedangkan PKR mendakwa ada 400,000 ahli PKR.
7. Isu pemilihan jawatan dalam PKR yang kecoh sehingga berlaku insiden baling kerusi dan pergaduhan, berpunca dari rasa tidak puashati terhadap proses pemilihan yang tidak telus dan kekecewaan cara pengundian yang dirasakan sudah dirancang.
8. Ahli PKR yakin masalah dalaman dan penyelewengan yang berlaku tidak dapat dibendung dan dibaiki lagi.
9. PKR menjadi sebuah parti yang dikuasai oleh anak beranak- Ketua Umum – Anwar (Ayah), Presiden – Wan Azizah (Ibu) dan Naib Presiden – Nurul Izzah (Anak).
10. PKR menjadi kuda tunggangan DAP untuk mencapai cita-citanya. MB Selangor contohnya menjadi boneka kepada DAP.
Salam.UMNO pun akan rebah jika mencalonkan calon yang bangsat menjadi YB