Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 19, 2011

PRK Tenang : Azahar VS Bidan Terjun?

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim. Nama calon BN diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berjanji akan memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan,” katanya.
Kita percaya beliau mampu memberi perkhidmatan yang baik kerana latar belakang kerjanya sebelum ini sebagai Penolong Pegawai Daerah. Latar belakang kerjayanya jauh lebih baik daripada Normala calon PAS.
Semoga orang Tenang bijak memilih calon yang tepat (BN) yang dapat kita sandarkan harapan bukan seperti calon PAS umpama 'bidan terjun' yang bakal musnahkan impian.

0 comments:

share2