Sebuah laman blog di Pahang (blog sesumpah yang dari biru bertukar ke hijau) memandang sinis pengekalan Dato' Sri DiRaja Hj Adnan Hj. Yaakob dan Dato' Hj. Mohd Sharkar Hj. Shamsuddin sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang. Kononnya dikatakan prestasi MB Pahang itu semakin merudum, entah dengan kayu-ukur apa yang mereka gunakan untuk menilai prestasi seseorang kita juga tidak pasti. Mungkin skala yang digunakan adalah dengan menggunakan sistem 'dengkimetrik' - yang berasaskan perasaan hasad dengi semata-mata.
Sudah tentu sebagai agen pencacai pembangkang nombor wahid di Pahang mereka akan sentiasa membangkang, membangkang dan membangkang. Tetapi jika kita tanya mereka apakah yang mereka lakukan yang lebih besar dan bermakna buat rakyat negeri Pahang? Apakah yang mampu mereka jawab? Sudah tentu mereka akan tertunduk malu kerana mereka tidak ada sebarang jawapan.
Apakah besar sangatkah jasanya mereka apabila Dewan Pemuda Pas Kuantan menganjurkan Majlis Gunting Rambut Perdana 'Jom Ke Sekolah' bagi masyarakat sekitar parlimen Kuantan? Soalnya adalah, apabila sesuatu yang kerajaan lakukan mereka akan tutup dan selindungkan serta menyatakan bahawa itu adalah kewajipan dan tanggungjawab kerajaan yang tidak perlu disebut, tetapi apabila mereka yang melakukan sesuatu walaupun sebesar 'hama' sekalipun, maka mereka akan gahkan atas nama kejayaan mereka dalam perjuangan.
Rakyat jangan lagi tertipu dengan sebarang pendustaan pembangkang. Kita jangan lagi dikelirukan oleh mereka yang sentiasa memutar fakta. Mereka yang lakukan kejahatan namun akan menuduh dan menyalahkan orang lain. Sebagaimana dengan sikap DS Anwar Ibrahim, ketua pakatan pembangkang, setiap kali ditanyakan soalan berkaitan salahlakunya maka cepat-cepat dia menuduh orang lain.
Insyallah! Dengan ujudnya blog Pahang-ku, rakyat akan dapat melihat antara yang benar dan yang salah. Tidak hairanlah jika sedikit hari lagi blog sesumpah dan pencacai nombor satu itu akan tenggelam dan dilupakan.
Assalamualaikum wbt
Salam 1Malaysia,
1. Kalau sudah mentaliti dan pemikiran pembangkang itu memanglah kerjanya hanya bangkang sahajalah.
2. Semejak dahulu lagi cara dan gaya mentaliti dan pemikiran pembangkang di negara/negeri Malaysia ini hanya meningkat kearah lebih negatif sahaja.
3. Kalau dahulu hanya ada unsur-unsur membangkang semata-mata tetapi gaya dan trend sekarang ini ditambah dengan unsur-unsur M4P : mengeksploitasi, pembohongan, penderhakaan, pengkhinatan dan penyelewengan.
4. Kalau dahulu pembangkang hanya berani menyanggah apa yang dicadangkan oleh kerajaan dalam skop yang yang terbatas dengan diketuai oleh kaum tertentu sahaja.
5. Pada hari ini suara pembangkang dari kaum tertentu itu hanya menjadi "master mind" sahaja manakala kaum-kaum lain telah dijadikan pencacai mereka demi kerana "kuasa".
Kepada rakyat Pahang khususnya dan Malaysia amnya.... bijak-bijaklah dalam membuat pilihan demi untuk kelangsungan dan survival Alif Ba Ta kita dalam PRU13 nanti.
Warisan
Yang diaorg nk sebuk apasal?dema bkn ahli umno pun..suka kita lah saper pengerusi perhubungan kita...takdek kena mengena!