Majoriti penduduk Dewan
Undangan Negeri (DUN) N.23 Chini mahu calon PRK pada 4 Julai 2020 bersifat seperti arwah Datuk Seri Abu Bakar Harun.
Yang utamanya beliau cepat bertindak bila penduduk
memerlukan pembelaan seorang wakil rakyat.
Kita bertanya golongan muda, orang asli, penduduk kampong tradisiona
dan wanita. Rata rata akan memberi jawapan yang agak sama.
“Besar jasa arwah kepada penduduk Chini”
Mohd Azim bin Hamzah dari Chini Timur adalah seorang ahli
sukan seni silat berkata, dia dan persatuannya selalu mendapat sumbangan dari
wakil rakyat Chini kalau pergi bertanding dari alat sukan dan peralatan sukan.
Golongan wanita tidak ketinggalan mendapat peralatan jika
mengadakan aktiviti.
Dan bagi golongan Generasi ke 2 Felda dan penduduk kampong tradisi
juga amat menghargai jasa Datuk Seri Abu Bakar Harun dalam memberi tunjuk ajar
dalam mengharungi kehidupan harian mereka juga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu
Bakar Harun meninggal dunia pada 7 Mei di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
dipercayai akibat serangan jantung.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23
Chini, Pahang pada 4 Julai 2020.
SUMBER: FACEBOOK : Haji Zainal Abidin Shamsudin
0 comments:
Post a Comment