Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 29, 2020

KADAR BAHARU CUKAI TANAH PAHANG TIDAK MEMBEBANKAN






 1.  Pada tahun 2015, Majlis Tanah Negara (MTN) telah memutuskan semua kerajaan negeri di Malaysia untuk membuat semakan terhadap kadar cukai tanah yang dikenakan.


 2.  Jika kita melihat perbandingan antara negeri-negeri lain, tiada sebarang kenaikan cukai dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang sejak tahun 2007 lagi, sungguhpun telah diarahkan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) pada tahun 2015.


 3.  Penyelarasan semula cukai Negeri Pahang hanya dibuat pada tahun 2020, yang mana kaedah kiraaan cukai pada tahun 1994 (26 tahun dahulu) dan pada tahun 2007 (12 tahun lepas) diselaraskan mengikut situasi dan kadar semasa.


Bantahan Dari Pemilik Berkategori "Tiada" @ "Nil"


 4.  Pemilik tanah berkategori "Nil", yang tidak mengkhususkan kategori penggunaan tanah, dikatakan telah tidak berpuas hati dengan kadar baharu yang telah ditetapkan. (RM10.00 semeter persegi)


 5.  Perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah. Pemilik tanah boleh berurusan di Pejabat Tanah, untuk menukar kategori penggunaan tanah mereka. (sebagai Tanah Pertanian, Bangunan atau Industri)

 6.  Sebagai contoh sekiranya seorang pemilik tanah berkategori “tiada” atau "nil" terpaksa membayar RM 500,000 bagi tanah berkeluasan 5 hektar, kini dengan tariff percukaian bagi tanah pertanian yang bernilai RM80.00 sehektar, beliau hanya perlu membayar sebanyak RM400.00 sahaja. Mudah bukan?


80% Remisyen Untuk Cukai Tanah Industri.


 7.  Kerajaan Negeri Pahang juga telah mengumumkan untuk mengurangkan kadar cukai tanah bagi kategori industri sebanyak 80 peratus berkuat kuasa serta-merta. 


 8.  Cukai tanah kategori industri turun kepada 50 sen semeter persegi berbanding RM2.50 bagi semeter persegi mengikut cukai yang diwartakan bagi tahun 2020 sebelum ini.


9. Bagi daerah Kecil Gebeng, kadar cukai tanah perindustrian selepas remisyen ialah RM1.00 berbanding RM5.00 semeter persegi sebelum ini manakala cukai di daerah Kecil Genting Highlands menjadi 80 sen berbanding RM4 semeter persegi sebelum ini.


10. Baru-baru ini (20 Mei 2020), Kerajaan Negeri Pahang juga telah mengumumkan, tempoh lanjutan bayaran cukai tanah bagi tahun 2020, sehingga tarikh 31 Julai 2020.


Kesimpulan: Tidak timbul isu tarif cukai tanah baharu bagi Negeri Pahang, yang dikatakan membebankan.


Implementasi percukaian Kerajaan Negeri Pahang tidak langsung menyusahkan pemilik tanah dan dilaksana dengan cara yang cukup berhemah, tanpa membebankan mana-mana pihak.


SUMBER: WHATSAPP BULETIN PAHANG DAN FACEBOOK


0 comments:

share2