Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 28, 2020

4 LELAKI MAUT KERETA BERTEMBUNG TRELER




PEKAN, 28 MEI 2020: Empat lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah treler di Kilometer 6 Jalan Chini-Kuantan di sini hari ini.


Mangsa yang maut adalah Mohamad Junhaizul Lizam, 26, dari FELDA Chini 4 di sini, manakala tiga warga Indonesia dikenali sebagai Rohman, 20, Mudehri, 38, dan Subakir, 43.


Ketua Polis Daerah Pekan, Supritenden Mohd Razli Mohd Yusof berkata, kejadian jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.


“Kejadian berlaku ketika kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Abd Mannan, 25, dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Chini.


“Sampai di tempat kejadian, Proton Wira berkenaan telah hilang kawalan dan terus berlanggar dengan treler dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.


Beliau berkata, akibat kejadian itu, keempat-keempat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta yang mengalami kecederaan sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk rawatan lanjut.


“Kesemua mangsa yang maut sudah dihantar ke Hospital Pekan di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



SUMBER – PAHANGMEDIA

0 comments:

share2