Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 17, 2020

WARNA WARNI TAMAN NEGARA DALAM TAMAN NEGARA BIRD COUNT





JERANTUT - Spesies pelbagai jenis burung yang menghuni Taman Negara Jerantut  menambahan lagi warna warni hutan dara berusia ratusan juta tahun itu.


Malah acara Taman Negara Bird Count 2020 adalah manifestasi untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Taman Negara adalah hutan semulajadi yang menjadi habitat pelbagai spesies burung.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Alam Sekitar dan Perladangan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, pada program tahun lalu peserta Bird Count telah berjaya merekodkan 120 spesies burung.


"Berbanding pada tahun 2018 sebanyak 180 spesies burung direkodkan. manakala tahun ini proses  kemaskini sedang dilaksanakan penganjur," katanya pada majlia  perasmian Acara Taman Negara Bird Count 2020 di Taman Negara Kuala Tahan Jerantut.


Yang hadir sama, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Pahang, Datuk Idros Yahya, Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairunnisa Arif.


Menurutnya, para peserta dari dalam dan luar negara berpeluang melihat pelbagai spesies burung di Taman Negara yang mempunyai kira-kira 380 spesies burung.


Katanta, antara spesies burung yang terdapat di Taman Negara ialah burung enggang, kuang, takur, kesumba, sambar, merbah merah,, punai, tempua, murai rimba, sambar biru, dan lain-lain.


"Hasil dapatan mereka akan dihantar ke portal e-Bird International untuk direkodkan dan menjadi tatapan peminat burung di seluruh dunia.


"Program itu juga bertujuan memperkasakan eko-pelancongan di Taman Negara selain memperkenalkan lokasi pelancongan baharu yang berpotensi untuk diketengahkan,"katanya.



SUMBER  : Salehudin Mat Rasad

0 comments:

share2