KUANTAN, 14 MAC 2020: Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Universiti Islam Pahang Sultan Haji
Ahmad Shah (MPPKUIPSAS), Kuantan, sangat komited melakukan
kerja amal dalam usaha
mengeratkan hubungan di antara mahasiswa dengan masjid.
Ini bertujuan membentuk sahsiah pelajar berlandaskan agama
selain memupuk rasa
tanggungjawab terhadap kebajikan masjid dengan penyaluran
pelbagai bentuk sumbangan.
Presiden MPPKUIPSAS, Wan Syaq Asyraf Wan Halimi berkata, MPPKUIPSAS sangat komited
menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan
masjid-masjid sekitar.
“MPPKUIPSAS dengan kerjasama Alternative Riding Club (ARC)
Paya Besar telah mengadakan
projek Sumbangan Dana Wakaf Attar bersama 15 masjid di
sekitar Kuantan,” katanya.
Tambahnya, perlaksanaan projek ini dijayakan menerusi
kutipan dana daripada warga KUIPSAS
dan juga orang ramai bagi membuka peluang sedekah kepada
masyarakat.
Hasil kutipan itu kemudiannya digunakan untuk membeli minyak
attar dan minyak wangi
supaya dapat diagihkan kepada semua masjid terlibat.
“Alhamdulilah, hasil usaha pelbagai pihak, kami berjaya
mengagihkan 300 botol minyak attar
dan minyak wangi di 15 masjid terpilih di sekitar Kuantan,”
katanya.
Wan Syaq Asyraf berkata, MPPKUIPSAS sengaja membuka peluang sedekah
kepada orang
ramai bagi membuka peluang sedekah dan amal jariah kepada
penduduk sekitar Kuantan.
“Semoga peluang bersedekah ini akan melahirkan rasa
tanggungjawab dan prihatin kepada
pemberi sedekah dan beroleh pahala serta redha Allah di
dunia dan akhirat,” katanya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment