KUANTAN, 29 MAC 2020: Kerajaan Negeri Pahang mengarahkan
penjualan makanan secara bawa
pulang (takeaway) di premis makanan bermasak di tiga daerah
dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana peningkatan kes positif
COVID-19.
YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, daerah yang terlibat
adalah Jerantut, Pekan dan Raub berkuatkuasa mulai 31 Mac 2020 sehingga tempoh (PKP) ditarik
balik. Menurutnya, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Raub dikehendaki
memperketatkan operasi premis-premis yang menjual makanan termasuk restoran makanan
segera.
“Kesemua penjualan makanan secara bawa pulang (takeaway) di
premis yang dinyatakan di atas
hendaklah dihentikan. Hanya perkhidmatan secara penghantaran
sahaja dibenarkan,” katanya
menerusi satu kenyataan media, di sini hari ini.
Beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengambil
tindakan penguatkuasaan yang
tegas bagi memastikan arahan ini dipatuhi.
SUMBER –PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment