KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ramai yang mengadu agar Bantuan
Prihatin Nasional disegerakan.
Menurut beliau ianya tidak perlu tunggu sehingga penghujung
April kerana hakikatnya terdapat ramai yang susah apabila tidak dapat keluar
bekerja dan sebagainya lagi.
“Ramai yang mengadu kepada pihak Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia bahawa Bantuan Prihatin Nasional perlu disegerakan.Tidak perlu tunggu
sehingga penghujung April untuk disalurkan.
“Yang mana maklumat sudah sedia ada terutamanya di bawah
kategori B40 seperti yang ada dalam senarai BSH dan BR1M terdahulu boleh terus
disalurkan bantuan tersebut,” katanya menerusi catatan di facebook.
Tambah Asyraf lagi hakikatnya rakyat ramai yang susah
apabila tak dapat keluar bekerja.
“Ini tidak termasuk yang dicutikan tanpa gaji sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) malah yang diberhentikan kerja kerana
majikan pun sudah tidak berkemampuan.
“Jangan nanti rakyat mengeluh Pakej Rangsangan Prihatin
Rakyat hanyalah indah khabar dari rupa,” ujarnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah
menumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250
bilion untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
Jelas beliau, daripada jumlah yang diumumkan itu, hampir
RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk
menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2
bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Jumlah itu adalah tambahan sebanyak RM20 bilion lagi telah
diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
SUMBER - UMNO Online
0 comments:
Post a Comment