KIMANIS – Menteri
Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tempoh berkempen yang
hanya tinggal beberapa jam sahaja perlu terus ditingkatkan dalam usaha membantu
kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.
Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan jentera serta
pengundi agar tidak terpengaruh dengan pelbagai propaganda pada saat-saat akhir
serta cepat bertindak dalam usaha mengekang daripada terus menjalar dan
mempengaruhi pengundi.
“Alhamdulillah saya dapati setelah meninjau dan mendengar
taklimat serta berdasarkan pemerhatian saya, nampaknya pengundi di sini masih
lagi setia bersama BN. Dan tinggal beberapa jam sahaja lagi cuma pesanan saya
supaya terus berusaha mencari pengundi supaya undi dapat kita terjemahkan.
“Dalam PRK percaturan untuk mendapatkan undi siapa yang
banyak mereka akan menang dan usaha untuk menarik pengundi akan terus digiatkan
sebelum masa mengundi. Perkara biasa dalam politik terutama menjelang hari
mengundi dan itu propaganda serta ‘cywar’ untuk mengelirukan apabila berita ini
diutarakan mungkin ada setengah-setengah pengundi akan merasakan sebaliknya…
padahal itu tidak benar,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Tedahulu sebelum itu beliau mengadakan ‘walkabout’ di Pusat
Daerah Mengundi (PDM) Binsuluk.
Tambah Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Pahang, sebab itu jentera parti perlu kuat dan apabila soal propaganda
ditimbulkan oleh pihak lawan, jentera perlu terus memberitahu melalui pelbagai
medium berkaitan fitnah ini.
“Pendekatan saat-saat akhir berbeza… saya telah empat
penggal bertanding dan kemudiannya ada PRK baru-baru ini berlangsung di kawasan
saya Cameron Highlands dan macam-macam cara serta kaedah dan propaganda fitnah
selain bermacam-macam berita yang bukan-bukan keluar. Kita kena beritahu
pengundi kita supaya jangan mendengar khabar-khabar angin. Ini adalah perkara
biasa kerana untuk mendapat undi. Sebab itu kita perlu selalu ke depan daripada
mereka,” ujarnya
SUMBER – UMNO
0 comments:
Post a Comment