Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 31, 2020

SEKTOR SAWIT: MALAYSIA MAKIN KETINGGALAN... PEMIMPIN PH GADUH SESAMA SENDIRI





Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, akibat kelancangan mulut Tun Dr. Mahathir yang menyentuh isu Jammu dan Kashmir menyebabkan negara kehilangan rakan dagang terbesar dan hari ini Malaysia semakin ketinggalan dengan Indonesia.




Jelas beliau, laporan dari Reuters mengatakan kerajaan Indonesia mengambil kesempatan daripada tindakan India yang mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia.

“Senarionya… sektor sawit Malaysia semakin ketinggalan kerana diboikot India iaitu pembeli terbesar minyak sawit.




“Akibat kelancangan mulut Tun Dr. Mahathir yang menyentuh isu Jammu dan Kashmir menyebabkan negara kehilangan rakan dagang terbesar dan kita semakin ketinggalan dengan Indonesia,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah Dr Najmil lagi, di saat pemimpin Pakatan Harapan (PH) bergaduh sesama sendiri, Indonesia dan India akan menggandakan dagangan dua hala sehingga AS$50 bilion (RM203 bilion) menjelang 2025.

“Inilah taraf pemimpin yang memerintah negara pada hari ini… amat memalukan.

“Elephant fight elephant, grass will suffer,” sindir beliau lagi.


0 comments:

share2