KUALA LUMPUR,– Pemuda UMNO sekali lagi mendesak agar ditubuhkan
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara telus, bebas dan tanpa
pengaruh politik akan keseluruhan dakwaan penyelewengan salah laku yang berlaku
di dalam Tabung Haji (TH).
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada masa
yang sama pihaknya juga meminta agar Jawatankusa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
untuk segera membuka siasatan berkenaan penjualan tanah-tanah ladang milik
Tabung Haji Plantation (THP) kerana THP adalah anak syarikat TH dengan 74
peratus pegangan saham oleh TH.
“Kita juga bersama-sama dengan peguam sedang meneliti untuk
memfailkan injuksi bagi menghentikan 11 lagi penjualan anak syarikat THP supaya
kita boleh menyelamatkan lagi ladang-ladang yang dihasratkan untuk dijual.
“Kami diperingkat Pemuda UMNO juga mahu ditubuhkan segera
RCI dan perkara ini kita akan meminta Ketua Penerangan Pemuda yang juga Ahli
Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah sebagai wakil pemuda yang ada kerusi
parlimen untuk membuat usul pada sidang parlimen akan datang. RCI ini juga
adalah sebagaimana manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Selain itu, keduanya PAC perlu membuka kertas siasatan
segera berkenaan penjualan ladang-ladang THP ini dan juga isu defisit RM4.1
bilion telah meningkat kepada RM17.8 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini.
Sebelum ini Pemuda UMNO telah membuat pendedahan berkaitan
isu penjualan anak syarikat milik THP serta membuat laporan polis berkaitan
tindakan Tabung Haji menukar jurunilai, kaedah nilaian yang dibuat sehingga
nilai RM210 juta hilang dan proses penjualan anak syarikat Tabung Haji
Plantation (THP).
Dalam perkembangan lain, pergerakan itu turut melahirkan
kebimbangan berkenaan penularan wabak Novel-Coronavirus di negara ini dan
meminta agar kerajaan pentadbiran PH untuk segera merangka pelan pemulihan yang
komprehensif.
“Ianya agar tidak menjejaskan kestabilan rakyat dan
memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi khususnya industri pelancongan,”
ujarnya.-
Sumber
0 comments:
Post a Comment