KUANTAN - Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
(KUIPSAS) bekerjasama dengan pihak sekolah di negeri itu bagi mendedahkan
kaedah asas penulisan jawi dalam kalangan pelajar dan guru.
KUIPSAS yang dilantik sebagai Pusat Rujukan Ejaan Jawi di
seluruh Pahang melahirkan 24 Munsyi Jawi di negeri ini melalui program yang
dianjurkan bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).
Penyelaras Munsyi Dewan Jawi yang juga Timbalan Rektor Hal
Ehwal Pelajar KUIPSAS, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bagi menjayakan program
semarak jawi di sekolah, KUIPSAS akan menyediakan Munsyi Jawi untuk berkongsi
ilmu bagi mendalami asas kaedah penulisan itu.
Menurutnya, usaha itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan
Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu tulisan
jawi diajar di sekolah sehingga ke peringkat universiti.
"Pada masa sama, usaha ini seiring dengan dasar
kerajaan negeri Pahang yang menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi bermula
Ogos tahun lalu," katanya. Dr Asmadi berkata, bagi mencapai matlamat itu,
pihaknya bekerjasama dengan Sekolah Menengah
Menurutnya, program sehari itu memberi peluang kepada
pelajar untuk mengetahui isu terkini berhubung tulisan jawi khususnya di
Pahang.
"SMK Ubai mengambil langkah proaktif dengan memberikan
pendedahan kepada pelajar dan guru tentang kaedah asas penulisan jawi. Bagi
menjayakan program itu, KUIPSAS menghantar dua Munsyi Jawi untuk berkongsi
ilmu.
"SMK Ubai merupakan sekolah menengah pertama di daerah
Pekan yang bekerjasama dengan kami menjayakan program semarak tulisan Jawi ini.
Maklum balas daripada pelajar sangat baik dan mereka ternyata amat berminat
dengan tulisan ini," katanya.
SUMBER:
0 comments:
Post a Comment