KUALA LUMPUR : : 13
usul bagi meminda perlembagaan parti itu dikemukakan pada persidangan yang baru
tamat, kesemuanya diluluskan sebulat suara.
Antaranya, Umno melakukan pindaan fasal 3 perlembagaan itu
dengan meletakkan agama Islam di hadapan dalam perjuangan parti Melayu berusia
73 tahun itu.
Mengikut fasal 3 perlembagaan Umno, asas dan tujuan:
"Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita
kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan
negara.
Berdasarkan pindaan itu, Umno meletakkan Islam (agama) di
hadapan kemudiannya disusuli dengan bangsa dan negara.
Pindaan itu selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama
persekutuan bagi negara ini.
Umno juga melakukan pindaan bagi fasal 4 perlembagaan parti
itu membabitkan keahlian Umno iaitu membabitkan perkara 4.2 membabitkan had
umur ahli.
Fasal 4.2 ahli biasa Umno ialah warganegara Malaysia yang
berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas.
Persidangan agung Umno meluluskan pindaan bagi fasal
berkenaan bagi membolehkan had usia ahli Umno diturunkan kepada 16 tahun.
Ia mengambil semangat terhadap pindaan had usia mengundi
bagi rakyat Malaysia yang kini diturunkan kepada 18 tahun.
Selain itu pindaan perlembagaan juga dilakukan bagi
mengangkat kedudukan jawatan ketua wanita Umno setaraf dengan timbalan presiden
parti.
Dalam pada itu, pindaan perlembagaan juga dilakukan bagi
membolehkan pendaftaran keahlian secara dalam talian oleh mereka yang ingin
menjadi ahli bersekutu bagi Umno.
Menurut fasal 5.2 perlembagaan Umno, permohonan mendaftar
sebagai ahli biasa hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa cawangan yang
dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.
Melalui pindaan itu mana-mana individu yang ingin menjadi
ahli bersekutu Umno boleh memohon secara terus dalam talian.
SUMBER :
0 comments:
Post a Comment