Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 7, 2019

AMARAN HUJAN BERTERUSAN HINGGA AHAD




KUALA LUMPUR,  -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  mengeluarkan amaran bagi Terengganu, Pahang dan Johor Timur keadaan hujan berterusan itu  hingga Ahad (8 Dis).


Kawasan yang terlibat ialah di Dungun dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, serta Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.


Angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/jam) juga dijangka boleh berlaku di perairan negeri berkenaan dengan ombak mencapai 3.5 meter.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.



-- BERNAMA

0 comments:

share2