Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 11, 2019

PH MEMERINTAH HABIS ASET KHAZANAH DIJUAL - NAJIB






Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata semenjak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, habis aset Khazanah dijual.

Katanya semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negara Khazanah tidak pernah mengalami kerugian dan telah dapat pulangan sebanyak 4 peratus.

“Zaman kepimpinan BN nilai aset bersih Khazanah telah meningkat 3.5 peratus sebanyak lima kali peningkatannya dari 33 bilion ringgit kepada 116 bilion.

“Kalau kita jual yang memberi pulangan 15 peratus untuk bayar hutang negara, ada logik atau tak logik? Tentu tak logik… sebagai contoh kita pinjam duit dan ada empat persen dan aset ini 15 persen keuntungan setiap tahun,” katanya pada media di lobi Parlimen, petang semalam.

Sebab itulah katanya, dianggap langkah-langkah PH amat merugikan dan merasakan bahawa satu langkah yang memberi kesan besar kepada masa depan negara.

“Masa PH memerintah setahun lebih ini untung bersih Khazanah jatuh dari 116 bilion ke 91 bilion.”

Najib menjelaskan nilai aset Khazanah terus meningkat pada masa BN memerintah.

Justeru, beliau membidas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohammad Azmin Ali mengatakan 84 aset telah dijual dalam tempoh sembilan tahun empat bulan, tapi ia tak sebut nilainya.

“PH telah menjual 12 aset dalam masa setahun, maknanya dalam setahun sahaja dia (PH) menjual lima kali ganda berbanding dengan BN memerintah. Dulu kita jual yang tak strategik kita beli yang strategik dan nilainya terus bertambah.”


0 comments:

share2