Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 8, 2019

KERAJAAN PAHANG BERTERIMA KASIH KEPADA PM



Kuantan, 8.7.2019 :  Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas pengumuman tentang peruntukan RM637 juta yang diluluskan bagi tiga projek infrastruktur di negeri ini.


“Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir atas pengumumannya mengenai kelulusan peruntukan RM637 juta untuk tiga projek infrastruktur berkaitan utiliti air di negeri ini.


“Ketiga-tiga projek infrastruktur ini pula ialah yang berkenaan kemudahan asas bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat yang kerana itu, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukannya,” kata Wan Rosdy dalam satu kenyataan media hari ini.


Beliau diminta mengulas pengumuman oleh Tun Dr Mahathir mengenai perkara tersebut dalam ucapannya pada Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2019 di Rancangan Tanah FELDA Selancar 3, Rompin pagi semalam.


Ketiga-tiga projek infrastruktur itu ialah pembinaan tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dengan kos RM173 juta dan Loji Rawatan Air (LRA) Semambu fasa tiga berkapasiti 145 juta liter sehari dengan kos RM446 juta – kedua-duanya di Kuantan; dan, projek bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Raub dengan kos RM18 juta.



Dr Mahathir juga dilaporkan sebagai berkata betapa keperluan bagi pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur perlu dilaksanakan untuk memastikan rakyat hidup selesa dan menikmati kemudahan terbaik.

0 comments:

share2