Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 14, 2019

GERAKAN KOPERASI AKAN FOKUS SEBAGAI PENGGERAK EKONOMI NEGARA




KUANTAN, 14.7.2019:  Pengerusi Eksekuti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh yakin koperasi akan menjadi penggerak kepada ekonomi negara pada masa hadapan.


“Koperasi ada lebih 14 ribu unit, ahli lebih 6 juta orang dan asset lebih RM130 biliion. Kita berpotensi dan nak panggil rakyat bersama.  Kerja bersama-sama saya, bukan untuk saya tapi untuk negara.”


“Ini seruan koperasi, kita tak mahu lagi toleh ke belakang sebab kita sudah mempunyai asas dan latarbelakang yang kukuh dan berpotensi sangat hebat,” kata beliau.


Datuk Nordin bercakap dalam sidang media selepas merasmikan  Profil 50 Koperasi Terbaik Negeri Pahang 2018 di Kuantan.


“Saya mahu koperasi jadi suatu gerakan yang ada entity sendiri dan menjadi cara hidup orang Melayu dan amalkannya sepertimana budaya Melayu yang mempunyai banyak persamaan dengan gerakan koperasi. Yang perlu ada hanya kemahuan untuk melaksanakannya,” kata beliau.


Datuk Nordin berkata beliau akan membuat persediaan bagi ahli-ahli koperasi fahami dan hayati gerakan koperasi sebelum melancarkan gerakan koperasi sebagai penggerak ekonomi Negara.


0 comments:

share2