Keprihatinan Tuanku itu dimuat naik dalam laman sosial
Instagram Istana Negara sendiri dan mendapat hampir 5,000 “like” dan 200 komen
dari netizen.
Difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke
Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.
Mangsa kemalangan yang juga dikenali sebagai Jasliza Jamil
bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Selepas selesai membantu mangsa, baginda terus menyambung
perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet.
Dalam komen menerusi Instagram, ramai yang memuji baginda
dengan menyatakan “Sultan berjiwa rakyat”.
Sebelum ini, tular di media Baginda beratur membeli makanan
di sebuah restoran makanan segera, dan hari ini Baginda sekali lagi menarik
perhatian rakyat Malaysia.
Sumber: FMT
0 comments:
Post a Comment