Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 26, 2019

KERJASAMA UMNO PAS AKAN BERTERUSAN HINGGA PRU







Kerjasama UMNO dengan PAS akan diteruskan hingga PRU akan datang. Usaha ini dimulakan dan dilihat membuahkan kejayaan sejak dari PRK Cameron Highlands dulu. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Felda Sg. Koyan baru-baru ini.

Beliau optimis rakyat khususnya orang Melayu akan menyokong usaha ini kerana sedar bahawa hanya dibawa pemerintahan UMNO/BN dan Pas sajalah kebajikan dan hak-hak orang Melayu akan terpelihara.

Dalam masa sama kaum-kaum lain tidak perlu bimbang kerana sejarah pemerintahan UMNO/BN sejak dahulu tidak pernah mengabaikan kaum-kaum lain.

Wan Rosdy juga mengingatkan ahli UMNO dan orang Melayu agar jangan terpedaya dengan segala tipu daya dan fitnah pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan usaha perpaduan ini kerana mereka bimbang perpaduan UMNO PAS akan mampu mengugat pengaruh mereka selama ini.

Sekurang-kurangnya 5 kerusi parlimen mampu dirampas kembali di negeri Pahang ini dalam PRU akan datang jika kerjasama ini dapat diteruskan, tambah beliau lagi.

0 comments:

share2