Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 21, 2019

PRK SEMEYIH: KEMENANGAN BN PENTING UNTUK HANTAR MESEJ AGAR KERAJAAN TIDAK TERUS 'BODOH'






Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih harus dijadikan platform untuk menghantar mesej kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar jalankanlah tugas dengan baik.

Jelas beliau, ini kerana negara luar sudah mula memandang negatif kepada Malaysia akibat ditadbir kerajaan ‘flip-flop’.

“Saya tidak boleh ketawa dan suka kerana kerajaan hari ini ‘bodoh’ dan tidak bagus sebab ia memberi kesan kepada semua. Orang luar hari ini memandang negara ini berbeza, Malaysia bukan lagi sebuah tempat pelaburan yang diminati, bukan lagi dapat menarik pelancong untuk datang kerana kerajaan sekarang ‘flip-flop’.

“Jadi, saya harap Semenyih akan jadi medan untuk menghantar mesej kepada kerajaan agar buat kerja dengan betul, jika tidak rakyat akan berpaling dan BN akan kembali memerintah,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Jelas Razali, selepas PH mengambil alih pucuk pimpinan negara, suasana negara ini menjadi semakin tidak elok baik dari segi kehidupan mahupun ekonomi.

“BN kalah tak ada masalah, kita redha… kita akan usaha dan bangkit kembali tapi yang menang itu tidak dapat memberikan satu kesejahteraan dari segi kehidupan, ekomoni dan keselamatan.

“Sebab itu Kerajaan hari ini yang dipanggil kerajaan palsu… tipu, sebab niat mereka bertanding pilihan raya pun sudah tidak betul. Kerjasama di kalangan mereka pun niat lain-lain. Jadi, bila kerajaan yang menang tidak ada niat yang betul, inilah yang jadi.

“Hari ini kita ada kerajaan yang berfikiran sebagai pembangkang dan pembangkang hari ini pula seperti kerajaan. Susah nak bangunkan negara sebab orang yang nak bangunkan negara telah jadi pembangkang. Sebab tu ada banyak drama… dapat surat menangis… institusi-institusi yang BN bina selama ini pula berubah wajah tidak membawa kepada kebaikan tetapi menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat,” katanya.

Ujar Razali rakyat kini mula sedar negara mempunyai satu kerajaan yang sangat lemah dan tidak langsung menitikberatkan kehendak rakyat.

“Jadi, di PRK Semenyih ini apa yang penting adalah untuk menghantar mesej kepada kerajaan.

“Kita tahu kemenangan BN tidak membawa perubahan kepada Kerajaan Negeri Selangor tapi kita hendak beritahu kerajaan, buatlah kerja elok-elok sebab ini demi masa depan bersama,” ulas beliau lagi.

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/


0 comments:

share2