Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 18, 2019

PAS NAFI DAKWAAN TUN MAHATHIR, 'ALL OUT' BANTU BN DI SEMENYIH






Setiausaha Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya.

Malah jelas beliau, bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenarnya adalah draft sokongan Pas kepada Tun sekiranya berlaku pengkhianatan dalam PH terhadap Perdana Menteri.

“Perlu diingat sidang Parlimen akan berlangsung pada 11 Mac ini dan dalam draft surat itu adalah berkaitan sokongan Pas kepada Perdana Menteri sekiranya berlaku apa-apa… kalau ada pengkhianatan maka Pas akan bersama beliau. Tun sendiri sebut sesuatu yang tidak betul mungkin berlaku dalam PH…

“Surat itu tidak langsung menyebut berkaitan kerjasama dengan UMNO di PRK ini. Tidak ada sebut langsung pasal pilihan raya,” ujar beliau.

Takiyuddin berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri di ‘Command Centre’ BN di sini, Ahad malam.

Mengulas berkaitan kerjasama UMNO dan Pas yang dikatakan tidak seperti kerjasama semasa di PRK Cameron Highlands, Takiyuddin menjelaskan ini kerana PRK Semenyih adalah DUN dan bukan Parlimen.

“‘Seing is believing’… Anda boleh lihat bagaimana kami ‘all out’ dengan UMNO sama seperti dengan Cameron Highlands.. Saya sendiri bergegas dari Kuala Terengganu untuk mesyuarat bersama UMNO malam ini.

“‘Action louder than words’,” jelas beliau.


0 comments:

share2