Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 26, 2019

BEKAS PEMIKIR PUBLISITI MELAYU DAP DAKWA 'PASUKAN FITNAH DAP' AKAN AKTIF KEMBALI





Bekas Pemikir Publisiti Melayu Dap, Amran Ahmad Nor memberi peringatan keras kepada semua pendukung penyatuan ummah baik dari UMNO, PAS, individu mahupun rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) agar berwaspada dengan akan ‘kembalinya’ pasukan ‘fitnah’ Dap.

Tegasnya dalam hantaran di Facebooknya, semua pihak tersebut perlu berhati-hati dan bersiap sedia untuk menangkis serangan dahsyat Dap yang akan aktif dengan mempunyai segala keupayaan.

“Hari ini, saya ingin dedahkan bahawa Dap, dalam masa terdekat, akan buka semula ‘kilang fitnah Dap’ setelah ia ditutup selepas menawan Putrajaya bulan Mei yang lalu.

“Saya dapat maklumat sahih bahawa tokong besar bangsa Dap mengarahkan CEC (Jawatankuasa Tertinggi Pusat) mengaktifkan semula pasukan fitnah Dap yang berselindung di sebalik pelbagai nama (Cina guna nama Melayu), guna nama UMNO, guna nama PAS untuk menggagalkan penyatuan ummah yang kini menjadi ancaman kepada bangsa Dap.

“Saya nak beri amaran – walaupun mereka ini akan menggunakan taktik yang sama – fitnah, fitnah dan fitnah lagi (kerana fitnah tak perlu ada bukti) tetapi kali ini fitnah itu lebih dahsyat, lebih kejam dan tanpa selindung kerana sudah jadi kerajaan dan mempunyai dana yang banyak,” dakwa Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3) itu.

Bekas ahli seumur hidup Dap itu turut mendedahkan Dap sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata memenuhi agenda mereka.

“Kalau sebelum PRU14, mereka boleh habiskan hampir RM1 juta untuk viralkan bahan-bahan propaganda (belum termasuk gaji kakitangan dan studio canggih), bayangkan berapa yang mereka sanggup belanjakan hari ini untuk tutup kegagalan tunaikan manifesto dan sembunyikan pergolakan yang berlaku dalam PH (Pakatan Harapan) hari ini.

“Ehh, dari mana datang dana sebesar hampir RM1 juta untuk viralkan bahan propaganda sahaja sedangkan sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), Dap hanya pegang Pulau Pinang dan Selangor saja. Itu belum termasuk trak Ubah, kempen mewah Dap di seluruh negara,” bidasnya.

Dalam pada itu, Amran turut membongkarkan bahawa beliau antara yang terlibat dalam pemikir publisiti Dap yang mencipta persepsi negatif terhadap kerajaan Barisan Nasional dan juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Ya, saya akui saya memang antara pemikir publisiti Dap yang mencipta persepsi negatif terhadap BN dan Datuk Seri Najib Razak serta pimpinan UMNO lain sebelum PRU14.

“Ya, saya juga individu yang dipecat dari Dap (jawatan dan keahlian) setelah keluar di TV, akhbar dan portal berita lima hari sebelum PRU 14 berpesan kepada rakyat terutama orang Melayu – ‘Jangan undi PKR kerana Dap akan kuasai Malaysia’,” katanya.


0 comments:

share2