KUALA LIPIS: Timbalan Presiden Umno, Datuk
Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan Pahang sedia mengambil alih pembayaran
elaun kepada tok batin sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) enggan berbuat
demikian.
Beliau berkata perkara itu dibincangkan
bersama Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Walaupun sebelum ini didakwa ada ugutan
terhadap tok-tok batin bahawa jika didapati sokong Barisan Nasional elaun
mereka ditarik, saya telah berbincang dengan menteri besar, jika perkara yang
tidak sepatutnya itu berlaku, maka kerajaan Pahang akan mengambil alih
pembayaran elaun tersebut dari kerajaan pusat,” katanya.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita
selepas menghadiri mesyuarat bersama jentera BN.
SUMBER.
0 comments:
Post a Comment