Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 25, 2019

BN BANGKIT DI CAMERON HIGHLANDS





TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS – “Saya harap pengundi-pengundi buat keputusan yang bijak. Bagi pihak kami, Barisan Nasional (BN) telahpun menyerahkan calon yang (menurut semakan kami adalah) paling diminati, disukai oleh pengundi-pengundi di dalam Parlimen Cameron Highlands.


“Dan beliau mempunyai kelulusan yang agak tinggi, banyak pengalaman, memegang jawatan sebagai pesara Polis (pangkat) ACP. Dan saya percaya, beliau mampu mewakili masyarakat di dalam Parlimen Cameron Highlands,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.  


Ini dikatakannya kepada wartawan yang menemuinya pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands oleh Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohamad Hasan pada Khamis, 10 Januari lepas.


Dato’ Sri Wan Rosdy yang mula mengambil alih tampuk kepimpinan Pahang kira-kira lapan (8) bulan lepas sejak 15 Mei 2018, ialah juga Pengarah Pilihanraya bagi BN untuk PRK ini. Beliau juga ialah Pengerusi BN Pahang serta Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands.


Setelah dua (2) minggu tempoh berkempen sejak Hari Penamaan Calon pada 12 Januari dan Sabtu, 26 Januari ialah Hari Mengundi; kata-kata pemimpin ini yang berkongsi sama tarikh lahir (pada 1 Oktober 1958) dengan calon – Encik Ramli Mohd Nor itu dilihat ada kebenarannya.


“Sungguhpun Encik Ramli ialah Orang Asli beragama Islam yang sudah tentunya akan memenangi hati 34 peratus pengundi Melayu dan 22 peratus pengundi Orang Asli; beliau juga pandai membawa diri dengan pengundi Cina (29 peratus) dan India (15 peratus).


“Malah, beliau dilihat fasih berBahasa Mandarin dalam klip video beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, terbitan MCA. Maka, atas dasar itu atau personaliti calon BN ini sahaja, sudahpun ada ‘umph’,” kata seorang penganalisis politik yang ditemui di sini.


Bertuahnya BN pada PRK ini ialah, PAS menjadi rakan sekutunya yang boleh dikatakan tulen, jika dilihat daripada segi komitmen tinggi pemimpin-pemimpin mereka dalam mengadakan ceramah politik bersama dengan pemimpin-pemimpin BN.



Dan PAS tidak meletakkan calonnya bertanding kali ini yang dengan itu dijangkakan, lebih 3,000 undi yang calon PAS perolehi dengan penyertaan parti itu pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lepas, mungkin beralih mengundi calon BN pula.


Yang menyebelahi BN juga pada PRK ini ialah, segala kecelaruan dan tindakan-tindakan para pemimpin Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak disenangi rakyat.


Sumber.

0 comments:

share2