Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 24, 2019

SAYA DATANG BALIK KAMPUNG, DIA DATANG ADA SEBAB LAIN : CALON BN RAMLI MOHD NOR



Jelai, 24.1.2019:  Ramli Mohd Nor, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands jelas dan ikhlas memberikan khidmat terbaik kepada rakyat kerana dia hanya balik kampong ke Cameron Highlands sementara calon DAP berasal dari negeri lain dan datang untuk meraih undi.


Walaupun padat dengan jadual kempen, jelas kelihatan anak tempatan dari etnik Semai itu teruja apabila turun bertemu rakyat tanpa mengira ras, kaum, agama serta pelbagai latar belakang pendidikan mahupun kerjaya.


Ramli, bekas Penolong Pesuruhjaya Polis adalah calon yang amat tepat untuk mewakili masyarakat di Cameron Highlands, yang pastinya mampu membawa suara akar umbi berdasarkan pengalamannya yang luas berinteraksi dengan pelbagai pihak.


“Kebanyakan dari mereka sanak saudara saya macam kawasan Betau ini sahaja, tak kurang tiga tok batin ada kaitan darah dengan saya.


“Yang lain-lain itu saya boleh berkomunikasi, saya boleh duduk makan dengan mereka tidak ada halangan, tidak ada ‘barrier’. Apa yang mereka cakap dan saya cakap datang dari hati bukan sebab saya datang berkempen, (tetapi) keikhlasan, kejujuran dan terus terang cakap.


“Macam orang lain, dia datang ada sebab. Saya datang saya balik kampung, saya faham seluruh (kehendak) mereka, faham keperluan mereka,” katanya.


Sebagai pesanan menjelang hari pengundian nanti, Ramli amat berharap pengundi-pengundi dapat hadir awal terutama bagi pusat-pusat pengundian yang akan tutup awal, supaya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemilih.


SUMBER

0 comments:

share2