KUALA LIPIS. 26.1.2019 : Menteri Besar
Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai menjalankan tanggungjawab
sebagai pengundi pada kira-kira pukul 8.50 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK)
Tanjung Gahai di sini, hari ini.
Wan Rosdy yang juga Anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Jelai tiba pukul 8.40 pagi, mengundi bersama isterinya Datin Seri
Burhah Mohammed di saluran satu.
Ketika ditemui selepas pengundian, Wan
Rosdy berharap cuaca yang baik akan membolehkan ramai pengundi keluar
menunaikan tanggungjawab kepada negara.
“Saya harap pengundi buatlah pilihan yang
bijak memilih calon kerana negara kita mengamalkan demokrasi. Apa sahaja
keputusan malam ini kami terima dengan hati terbuka,” katanya.
Sementara itu, calon Bebas Sallehudin Ab
Talib mengundi di saluran dua di SK Sungai Koyan 1 pada 8.20 pagi.
“Saya terima apa-apa keputusan dan kalau
kalah saya tetap akan teruskan khidmat bantu rakyat di sini,” katanya.
Pengundian PRK Cameron Highlands pada hari
ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan
(PH), M.Manogaran, Calon Barisan Nasional (BN) diwakili Ramli Mohd Nor manakala
dua calon Bebas, Sallehudin dan Wong Seng Yee.
PRK Parlimen Cameron Highlands berlangsung selepas
Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada
BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila
didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment