Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 26, 2019

CALON PH MANOGARAN LANGGAR PERATURAN SPR LAGI ?





Tanah Rata, 2.1.2019:  Macam mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh benarkan calon Pakatan Harapan (PH) masuk ke dalam kawasan tempat pembuangan undi di SK Senderut dengan memakai baju berlambang logo parti?


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan tersebut ekoran ia jelas bertentangan dengan peraturan SPR sendiri dan telah melakukan kesalahan.


“Sudah banyak kesalahan-kesalahan pilihan raya yang telah dilaporkan sepanjang PRK Cameron Highlands ini tapi tampak seolah SPR membisu dan membutakan mata,” katanya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya.


Sehubungan itu beliau berharap agar ke salahkn tersebut dapat ditularkan dan dikongsi agar SPR mengambil tindakan atas desakan kuasa rakyat.


Calon PH PRK Cameron Highlands, M. Manogaran dilihat diiringi petugas SPR berada dalam kawasan mengundi dan berpakaian baju yang mempunyai lambang PH.


Mengikut peraturan SPR dalam lingkungan 50 meter daripada pusat membuang undi tidak dibenarkan, dilarang memakai pakaian yang berlogo parti bertanding.


Bagi kesalahan ini hukuman penjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.


Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 menetapkan:


Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.


Batasan pada hari mengundi:


Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh (50) meter daripada sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik. 



Sumber.

0 comments:

share2