Cameron Highlands, 26.1.2019: : Barisan
Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan
majoriti lebih besar menerusi calonnya, Ramli Mohd Nor mencatat sejarah menjadi
wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan
bekas pegawai kanan polis itu mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar
terdekat daripada Pakatan Harapan, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi,
manakala 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing
mendapat 314 undi serta 276 undi.
Majoriti 3,238 undi yang diperolehi BN hari
ini adalah yang tertinggi sejak pilihan raya umum pada 2008, 2013 dan 2018,
iaitu 3,117 undi, 462 undi dan 597 undi.
Ini juga adalah kekalahan ke-3
berturut-turut Manogaran di Cameron Highlands sejak pilihan raya umum ke-13
(PRU13).
0 comments:
Post a Comment