Kuantan, 3.1.2019: Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan
Rosdy bin Wan Ismail berharap projek jalan yang diluluskan oleh kerajaan
Barisan Nasional (BN) dapat dihidupkan
kembali yang manfaatnya pasti akan dirasai sehingga 4,000 Orang Asli di kawasan
tanahtinggi itu.
“Bagaimanapun, apabila PH mengambil alih tampuk pemerintahan
negara selepas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14, projek pembinaan jalan sepanjang
30 KM ini telah dihentikan,” kata MB Pahang dalam Facebook beliau.
“Saya ingin memberi komen balas terhadap ‘#tweet’ pemimpin
parti komponen Pakatan Harapan (#PH), Encik Lim Kit Siang kelmarin bahawa Kerajaan
Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (#BN) sebelumnya, tidak berbuat yang
sepatutnya demi memajukan masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands.”
“Dakwaan ini beliau buat setelah dikatakan terperangkap
semalaman di sebuah perkampungan Orang Asli terpencil – Kampung Semoi Lama,
ekoran jalan keluar becak teruk hingga tidak dapat dilalui.”
“Dalam hal ini, sepatutnya kita melihat kepada gambaran
lebih besar yakni tentang apakah kemajuan secara menyeluruh yang telah dibawa
oleh Kerajaan Persekutuan BN dan dinikmati oleh rakyat khususnya oleh Orang
Asli di tanahtinggi itu selama ini.”
“Tentunya banyak yang telah dilakukan tetapi kita juga akui,
banyak lagi yang perlu dilaksanakan demi membangunkan kawasan-kawasan
pertempatan Orang Asli bukan sahaja di sana malah di seluruh negeri.”
“Daripada aspek hubungan darat atau jalan misalnya, saya sendiri
telah mengemukakan permintaan kepada Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Sri Mohd
Najib Abdul Razak supaya Kerajaan Persekutuan BN meluluskan peruntukan bagi
pembinaan jalan Pos Betau – Pos Lenjang.”
Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, telah
mengemukakan permintaan tersebut ketika Dato’ Sri Mohd Najib yang juga Presiden
UMNO datang ke Tanah Rata merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron
Highlands pada pagi Sabtu, 27 Ogos 2016. Selain permintaan untuk jalan ini demi kepentingan kira-kira
4,000 Orang Asli, saya juga membuat dua (2) permintaan lain iaitu bagi
membaik-pulih Masjid Tanjung Gahai di Jelai (demi kepentingan orang
Melayu/Islam), serta, pembinaan bazar-niaga di Tanah Rata (demi kepentingan
orang Cina dan India yang berniaga).
Kepada ketiga-tiga permintaan ini, Dato’ Sri Mohd Najib
dalam ucapan perasmian, telah meluluskannya – RM15 juta untuk jalan Pos
Betau-Pos Lenjang; RM200,000 untuk masjid dan RM5 juta untuk bazar-niaga.
(Yang menariknya, antara aturcara Dato’ Sri Mohd Najib
selepas itu ialah turut melawat ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil bagi
meninjau kehidupan baharu Orang Asli di situ yang kini menghuni 200 rumah batu
dengan 3-bilik tidur setiap sebuah). Kesemua 200 rumah ini siap dibina pada Mac
2015 dan Orang Asli di situ mula menghuninya pada Mac 2016
(Kerajaan Persekutuan pimpinan BN ketika itu telah sanggup
berbelanja kira-kira RM44 juta untuk projek pembinaan rumah-rumah ini yang
sebelumnya di atas tapak yang sama, telah mengorbankan tujuh (7) nyawa akibat
kejadian tanah runtuh tahun 2012).
(9) Wan Rosdy bin Wan Ismail - Posts
https://www.facebook.com/wanrosdyOfficial/posts/2226433224239426?__tn__=K-R
Sumber keratan akhbar RM 20 juta diperuntukkan untuk
kemudahan rakyat :
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-projek-bernilai-rm20-juta-di-cameron-highlands-1.375430?fbclid=IwAR1Eoq2Y09cMsUz9moVmo-pEO1bILmniN_ZkmlkilHpMRGKuRJW0WRTkAC4
0 comments:
Post a Comment