Petaling Jaya, 3.1.2019:
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian
ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan utara Tioman sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Amaran angin kencang dan laut bergelora Kategori
Ketiga ini berbahaya kepada semua
aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. Keadaan
angin kencang dan laut bergelora ini juga adalah berbahaya kepada bot-bot
kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Amaran angin kencang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi
Malaysia
0 comments:
Post a Comment