Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 24, 2019

LAGI 22 PERMIT PENGGUNAAN TANAH DALAM HUTAN SIMPAN DIKELUARKAN KEPADA PEKEBUN-PEKEBUN KECILCAMERON HIGHLANDS





Kerajaan Negeri hari ini menyerahkan 22 lagi permit penggunaan tanah dalam hutan simpan kepada pekebun-pekebun kecil Cameron Highlands.

Majlis penyerahan permit penggunaan tanah ini dilakukan oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis yang diadakan pagi Rabu, 23 Januari di sini, sejurus sebelum bernmulanya mesyuarat mingguan, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri.

Dengan penyerahan hari ini menjadikan kesemuanya, 73 permit dikeluarkan. Sebelum ini, pada 12 Disember lepas yang bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands di Tanah Rata, sebanyak 51 permit diserahkan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pekebun-pekebun kecil sayur dan buah-buahan dari Cameron Highlands kerana hari ini Kerajaan Negeri, setelah melihat, meneliti bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang;

“Siri kedua kita memberikan permit penggunaan dalam hutan simpanan kekal daerah Cameron Highlands bagi pekebun-pekebun sayur yang telahpun menanam sayur melebihi 10 tahun,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy.






BAGI TANAH YANG TELAH DIKERJAKAN SECARA HARAM LEBIH 10 TAHUN

“Dan insyaAllah, sekiranya ada lagi permohonan dan Kerajaan Negeri mendapati ianya telah dikerjakan melebihi daripada 10 tahun, tidak menyalahi mana-mana peraturan, kawasan yang sesuai; Kerajaan Negeri akan pertimbangkan dan insyaAllah akan diluluskan,” katanya lagi.

Menurutnya, kesemua 73 penerima permit ini ialah 64 orang dalam kalangan pekebun kecil Cina, lima (5) orang pekebun kecil India; serta, masing-masing dua (2) orang pekebun kecil Melayu dan Orang Asli.

Bagi kesemua 22 penerima permit hari ini – setiap seorang diperuntukkan paling maksimum lima (5) ekar (2.02 hektar), mereka akan dikenakan membayar RM3,000 kerana denda penggunaan tanah secara haram sebelum ini, serta lagi RM1,500 bagi pembayaran pemilikan permit.

Menurut Menteri Besar, cadangan untuk pemberian permit penggunaan ini telahpun diusahakan sejak beliau masih lagi sebagai Ahli MMK biasa lagi, sebelum menjawat kedudukannya sekarang.

“Dan kerana ianya tidak boleh dibuat dengan serta-merta – perlu pengukuran tanah, perlu kerja-kerja yang teliti kerana tanah ini adalah sesuatu yang sensitif, lebih-lebih lagi di kawasan (tanahtinggi) Tanah Rata;





AMBIL MASA UNTUK TELITI, PROSES DAN LULUS

“Ia kena, harus diteliti dan diperhalusi dengan baik. Dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah, Kerajaan Negeripun memberi pertimbangan untuk memberi kelulusan.

“Dan insyaAllah, saya dimaklumkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri, masih lagi terdapat banyak permohonan untuk mendapatkjan permit penggunaan dalam hutan ini dan Kerajaan Negeri, insyaAllah, kita akan bantu,” katanya lagi.

“Jadi syabas, tahniah kepada mereka yang mendapat permit pada hari ini. Gunakannya dengan sebaik mungkin dan tanam sayur (dan buah-buahan) mengikut kelulusan, keluasan yang telah ditentukan,” tegasnya.

Beliau juga berkata betapat dengan penerimaan permit ini maka pekebun-pekebun kecil berkenaan bolehlah melakukan kerja-kerja tanaman mereka tanpa rasa bimbang dengan kemungkinan kerja-kerja penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

“Tapi saya nak bagi tahu, keprihatinan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) – walaupun kita tahu Tuan-tuan ini tanam sayur tak ada permit (sebelum ini), tetapi kita juga tahu tujuan (hanya) untuk cari makan; kita tak usikpun,”katanya.

Bagaimanapun menurutnya, Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dan akan hadapi kerja-kerja penguatkuasaan terhadap pengusaha-pengusaha atau sindiket besar yang meneroka haram, sehingga keluasan lebih 50 ekar (20.2 hektar) atau 60 ekar (24.3 hektar). 




0 comments:

share2