Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 18, 2019

HARGA PERTROLEUM RON95, RON97 DAN DIESEL NAIK MULAI TENGAH MALAM INI



Putrajaya, 18.1.2019: Harga runcit petrol RON97 dinaikkan kepada RM2.28 seliter daripada RM2.22 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 dinaikkan kepada RM1.98 seliter daripada RM1.92 seliter dan diesel kepada RM2.17 daripada RM2.05 seliter.


Harga runcit petroleum dinaikkan mulai 12 tengah malam bagi tempoh 19 hingga 25 Jan 2019, kata Kementerian Kewangan hari ini.


Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada USD60 setong kepada USD63 setong bagi petrol RON95 dan daripada USD68 setong kepada USD72 setong bagi diesel.

0 comments:

share2