Kuantan, 26.12.2018 : Dalam kemalangan kira-kira pukul 11.50
malam tadi, kenderaan Proton Saga yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah
bas ekspres berhampiran Rompin.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor
berkata, kejadian berpunca daripada kereta Proton Saga yang masuk ke laluan
bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres terbabit.
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam
itu ialah Rosli Mat Daud, 38, Rakiah Mat, 64, dan Aidil Ashraff Rizuan, 5
tahun.
Dalam kemalangan di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bahru itu, pemandu kereta, Rizuan Mat Daud, 34,
cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan manakala
pemandu bas ekspres, Mat Yah Deraman, 50, dan 49 penumpang tidak cedera.
Azly berkata, siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut
Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
0 comments:
Post a Comment