Kuantan, 26.12.2018 - Tindakan Datuk Seri Najib Razak mendesak kerajaan menurunkan
harga petrol berikutan penurunan harga minyak akhirnya terpaksa diterima
kerajaan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
kerajaan mengenalkan harga RON95 pada RM2.20 sedangkan harga minyak
mentah dunia menunjukkan trend menurun. Berdasarkan data terbaru hari ini, harga
purata MOPS (Means of Platts) untuk petrol RON95 telah jatuh kepada AUD$0.519
satu liter pada akhir minggu lepas berbanding AUD$0.538 untuk minggu sebelum
itu.
Jelas Najib, mengikut sistem mekanisme harga automatik (APM)
seperti dilaksanakan oleh BN, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 satu liter.
“Ini juga bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak
sebanyak 34 sen untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan
musim perayaan kini,” katanya di facebook.
Menteri Kewangan kemudiannya mengumumkan harga runcit produk
petroleum, termasuk RON95, dijangka turun mulai 1 Januari ini sekiranya trend
penurunan harga minyak dunia berterusan. Ini berikutan kaedah penetapan harga
secara bulanan akan digantikan dengan penetapan harga secara mingguan dalam
keadaan harga minyak dunia mengalami penurunan.
“Tetapi Menteri Kewangan kita masih malu untuk mengaku
agar senang untuk senyap-senyap tibai. Selamat bercuti!” kata Najib dalam satu
hantaran di Facebook.
Sebelum ini beberapa pihak termasuk pemimpin kerajaan iaitu
bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu kerajaan menyemak harga petrol
secara mingguan, sekali gus membolehkan harga RON95 turun sebanyak 20 sen
seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia.
0 comments:
Post a Comment