Kuala Lumpur, 27.12.2018 : Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin
Hamzah ditahan polis semalam berikutan ucapannya
di Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy di
Klang telah mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten
Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Azwanddin ditahan di Kompleks Keramat Mall,
Jalan Keramat di sini kira-kira pukul 2.40 petang.
"Sehubungan itu, permohonan akan dibuat ke atasnya di
Mahkamah Klang pada pukul 9 pagi esok (pagi ini) ," katanya dalam satu
kenyataan.
Tambah Fadzil, Azwanddin juga akan di siasat di bawah
Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat penghinaan ke atas individu.
Utusan Online melaporkan, Azwanddin memberitahu beliau akan
menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang menyebabkan kematian Muhammad Adib
Mohd Kassim tidak ditangkap.
0 comments:
Post a Comment