Klang, 27.12.18 : Presiden Pertubuhan
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah direman 4 hari atas
ucapannya yang berunsur provokasi dalam himpunan Selasa lalu.
Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, Mahkamah
Majistret Klang membenarkan permohonan reman itu bermula hari ini dan akan
disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Polis juga akan siasat beliau di bawah Seksyen 504 Kanun
Keseksaan atas kenyataan yang dikeluarkan dalam perhimpunan Selasa lalu.
Mohd Imran berkata, Tidak seharusnya Azwanddin sahaja
disiasat. Beberapa pihak lain terlibat dan dikaitkan dengan himpunan berkenaan
perlu disiasat.
“Kaji punca keresahan awam ini berlaku. Saya yakin ini
bukannya disebabkan ucapannya tetapi ia tercetus sejak awal lagi, apabila isu
(membabitkan kematian anggota bomba) ini berlaku. Jangan hanya tumpu kepada Azwanddin, tumpu juga kepada
pihak lain yang masih bebas,” katanya.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor,
Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad mengesahkan Azwanddin ditahan berhubung
kenyataannya pada Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P
Waytha Moorthy. Dalam perhimpunan pada Selasa lalu, lebih 1,000 berhimpun
menuntut keadilan untuk Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal
dunia kerana cedera dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November
lalu.
Peserta himpunan turut mengemukakan 7 tuntutan kepada
kerajaan, termasuk memecat Waytha, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dan
Exco Selangor, V Ganabatirau.
0 comments:
Post a Comment