Kuantan. 27.12.18: Video sepasang
pondan yang dipercayai melakukan hubungan sejenis dalam kereta didakwa dipukul
oleh sekumpulan lelaki tular di Facebook.
Antara audio yang dapat didengar dalam video itu adalah. “gayboy
beromen dalam kereta”, “dunia nak kiamat”, “tak ingat tuhan” dan “memalukan”.
Sementara itu Utusan Online melaporkan aktivis masyarakat, Numan Afifi mendesak
pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian dua lelaki dipukul kerana didakwa
melakukan hubungan sejenis di dalam kereta.
Menurut Numan Afifi, kejadian berkenaan yang dirakam dalam
bentuk video dan ditularkan di media sosial merupakan satu bentuk keganasan
kebencian dan perlu disiasat.
0 comments:
Post a Comment