Kehadiran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam di Giant Jalan Kebun petang tadi ternyata bukan sahaja memberi peluang kepada beliau untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, malah turut membuka ruang kepada penduduk setempat untuk meluahkan perasaan mereka pasca Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Walaupun ‘walkabout’ berkenaan sepintas lalu, namun pelbagai ‘input’ dilontarkan oleh pengunjung yang berada di pasaraya berkenaan. Kru UMNO-Online yang turut mengikuti ‘walkabout’ berkenaan dapat melihat dengan jelas luahan mereka yang bertemu mata dengan Lokman.
“Saya rasa menjelang 4 haribulan nanti makin hari makin rancak dan bahang makin panas dengan kebangkitan yang luar biasa. Kenapa saya berkata begitu… ada yang jumpa kita saya sendiri pun mahu menangis. Mereka dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku hari ini.
“Ramai yang marah dan saya nampak ini satu perkembangan yang saya rasa boleh membantu misi kami yang mustahil ini akan menjadi tidak mustahil…insya-Allah,” kata Lokman sejurus sesi ‘walkabout’ di Giant, Jalan kebun dekat sini.
Tambahnya, ramai yang menaruh harapan yang tinggi agar BN mampu melakukan kejutan pada PRK berkenaan.
“Bukan saya menang tetapi mereka mahukan BN menang… mereka mahu memberikan isyarat yang jelas bahawa mereka tidak bersetuju dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Kita akan berusaha sebaik mungkin termasuklah membaca mesej yang dihantar menerusi telefon bimbit saya. Lebih 1,000 mesej termasuklah kata-kata perangsang dan sebagainya.
“Kalau ‘mood’ rakyat macam inilah dan jika esok ada pilihan raya umum saya berani jamin Malaysia akan berubah,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment