KUANTAN: DYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah
Ibni Sultan Haji Ahmad Shah berbanga dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang kerana
belum sampai 100 hari mentadbir telah membuat beberapa keputusan penting.
Antaranya penurunan kuasa dariapada pihak berkuasa negeri
kepada pentadabir tanah daerah. Keputusan itu membolehkan urusan pindah milik
dan gadaian antara waris kadim boleh dibuat satu atau 2 hari sahaja. Sementara
urusan pindah milik dan gadaian bukan waris kadim boleh dibuat dalam jangkamasa kurang 10 hari.
DYMM Pemangku Raja Pahang bertitah dalam Istiadat Pembukaan
Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Pahang Ke 14.
Titah baginda, pelaburan di Pahang meningkat RM24.3 bilion pada
2017 berbanding RM16.7 bilion pada 2016. Peningkatan itu dipacu melalui usahasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Kerajaan Negeri.
Baginda ingin melihat Pahang menjadi negeri pengeluar makanan terbesar di Malaysia. Penerokaan hasil baru
akan pelihara alam sekitar kerana akan kurangkan hasil pembalakan. Khazah perhutanan harus dikekalkan dengan
pendekatan holistic bagi pelihara khazanah Pahang itu.
Pada masa ini kutipan hasih tanah dan galian serta
perhutanan terus jadi tulang belakang dan terbesar dengan kutipan RM 337.7 juta sementara perhutanan
menghasilkan RM102.4 juta.
Kadar kemiskinan negeri telah menurun dari 0. 7 peratus pada
2014 kepada 0.2 peratus pada 2016.
“Sangat bangga dan syabas kepada kerajaan atas pelaksaan
rumah mampu milik atas nama PRIMA Pahang.
Program adalah Akujanji Pahang untuk bina 15 ribu rumah antara 2013 hingga 2017
dengan nilai jualan lebih murah dari pasaran.”
“Syukur dan bangga kerana Akujanji ini telah dapat ditunaikan
hingga Mei 2018 kerana kerajaan negeri telah meluluskan 109 projek dengan
jumlajh 35,813 buah rumah mampu milik di seluruh negeri.”
“Daripada jumlah ini, 8 projek dengan 2,652 rumah telah siap
dan 21 projek libatkan 4,983
rumah sedang dalam rancak dalam pembinaan. 30 projek lagi babitkan 7,807 telah
diberi kelulusan untuk dilancarkan,” titah baginda.
0 comments:
Post a Comment