Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 4, 2018

[KUANTAN] TERUJA PILIH BAJU RAYA SENDIRI



Teruja pilih baju raya sendiri



“Dapat pilih baju Melayu baru dan ikut pilihan sendiri, buat saya naik semangat nak sambut raya,” kata anak kepada OKU, Mohamad Rasydan Danish Mohd Ariki, 12.

Menurutnya, dia tidak menyangka adakan memperoleh peluang untuk memilih pakaian di hari lebaran sendiri, selepas mendapat sumbangan daripada Persatuan Skuad Sahabat OKU (SSOKU) Kuantan.

Bapanya, Mohd Ariki Abdullah juga OKU, namun tidak menyangka memperoleh pakaian baharu bersempena hari lebaran.

“Seronok sangat.... apabila ada pihak yang bermurah hati membawanya membeli kelengkapan raya kerana dia sedar keluarganya kurang mampu untuk membeli segala kelengkapan baharu menyambut Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pada Program Shoping Raya di Big 10, Jalan Gambut, semalam.

Mohamad Rasydan Danish memberitahu, tahun ini dia memilih baju Melayu berwarna kelabu kerana merasakan warna tersebut cantik.

“Saya pilih warna ini... ayah dan ibu dan adik saya tak tahu mereka pilih warna apa.. Saya ucap terima kasih kepada yang sudi meringankan beban keluarga saya,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut, Penaung Persatuan SSOKU, Nara @Nikman Nordin dan Timbalannya, Mohd Ariki.

Seramai 20 anak-anak ahli Persatuan SSOKU terpilih menerima pakaian raya baharu bersempena program terbabit.

Sementara itu, Nara berkata, anak-anak ahli Persatuan SSOKU yang diraikan itu masing-masing menerima sumbangan kelengkapan raya dan duit raya bernilai RM100 seorang.


0 comments:

share2